26 Ogo 2009

Tips Untuk Kurangkan Perasaan Marah

Hello semua! Bertemu kembali. Apa khabar semua? Harap-harap anda semua berada di dalam keadaan yang baik-baik belaka. Di bulan yang mulia ini, kita kena banyakkan bersabar, hadapi semuanya dengan senyuman. Elakkan pembaziran, elakkan mengumpat dan mengata orang, elakkan marah-marah tak tentu pasal. Oh bercakap tentang marah, di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang sering saya gunakan bila saya marah. Tapi, terpulang kepada individu sendiri kan macam mana diorang hilang/kawal perasaan marah diorang. Jadi, tanpa berlengah lagi, jom jom jom!

Tips pertama : Makan

Oleh kerana saya sendiri suka makan, jadi saya menggunakan cara ini untuk mengurangkan tahap kemarahan saya. Kadang-kadang, marah itu akan hilang terus bila saya nampak makanan kegemaran saya terhidang (lagi best kalau disuapkan ke mulut tapi itu terlalu mengada-mengada, jadi abaikan. Haha). Dengan cara ini kita boleh memindahkan unsur-unsur negatif yang ada dalam badan kita kepada makanan tersebut. Menu makanan? Terpulang kepada individu. Lagi banyak makanan, lagi best. Tips ini sesuai di praktikkan bagi sesiapa yang tidak mengamalkan diet yang ketat (seperti saya. Eh, saya lupa saya tidak diet langsung. Ops. Hehe) Tapi perlu diingatkan di sini ye kawan-kawan, jangan gunakan alasan ini untuk ponteng puasa. Haaa, yang itu tak boleh, alasan tidak diterima.

Tips kedua : Tidur

Tidur juga merupakan salah satu cara yang sesuai untuk mehilangkan perasaan marah. Walaupun sekejap saja, dan perasaan marah tu akan datang semula bila kita bangun, tapi ia mampu meredakan hati kita yang sedang membara-bara macam bara api tu. Tak percaya? Anda cuba. Tapi op, nanti dulu! Tidur yang banyak di waktu puasa adalah makruh ye, sila pastikan anda tidur sekejap je. Jangan lupa pasang alarm clock dan bangun untuk berbuka! Karang ada pulak yang tak berbuka. Hehe.

Tips ketiga : Cari rakan berborak

Ye kawan-kawan, tidak di nafikan, seorang sahabat mampu untuk memberi kebahagiaan kepada sahabatnya yang lain. Macam mana caranya? Cuba bercerita tentang permasalahan anda yang menyebabkan timbul perasaan marah tu. Sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan serabut di kepala kerana ada rakan yang sudi mendengar. Kalau bernasib baik, rakan ni jugak boleh membantu dengan memberikan pendapat dan cara mengatasi masalah anda. Senang bukan? Oh tips kepada siapa yang menjadi rakan mendengar masalah ni, tolong dengar dengan ikhlas dan, jangan bagi lawak-lawak bodoh kalau anda tak mahu di tampar laju-laju. Silap haribulan, bukan saja masalah si rakan tu tak dapat diselesaikan, anda pulak free-free dapat penampar. Oh takut!

Tips keempat : Ambil masa untuk bersendiri

Kadang-kadang kita tak sedar, kita banyak meluangkan masa bersama orang lain; keluarga, rakan-rakan, boyfriend girlfriend, tapi kita lupa untuk luangkan masa untuk diri sendiri. Cuba ambil masa ini untuk manjakan diri anda. Tengok dalam almari baju-baju yang ada, cuba pakai dan buat gaya seperti seorang model sedang catwalk. Di tambahkan pulak dengan background muzik yang rancak, memang anda akan rasa seolah-olah berada di atas runaway! Haa dah catwalk takkan tak mekap kan? Apa kata tambah skali eye shadow, lipstick, eyeliner dan seangkatan dengannya. Mesti lagi bersemangat untuk anda buat catwalk tu. Op op, perhatian, bab mekap-mekap ni hanya terhad untuk kaum Hawa sahaja je. Kaum Adam setakat tempek bedak sikit-sikit sudah. :)

Tips kelima : Kembali kepada YANG SATU

Banyakkan berdoa kepada Yang Esa. Ini adalah satu-satunya cara yang tidak perlu diragui kesahihannya. Pohon supaya diberikan ketenangan jiwa dan tahap kesabaran dalam diri yang tinggi. Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. InsyaALLAH hati akan kembali tenang semula.

Ye kawan-kawan, itu adalah antara tips-tips yang boleh digunakan apabila berada di dalam keadaan marah. Jangan la pergi buat vandalisme ke, atau pecahkan cermin ke atau baling handphone ke dinding (yang ini selalu kalau gaduh dengan boyfriend atau girlfriend). Buat apa? Kan ke mambazir duit anda kena pergi hantar untuk baiki? Saya dah berkongsi Cuba lah, anda mampu mengubahnya!

3 ulasan:

MyChoice Editor berkata...

Like number 4.

Puasa dah tiba, Alhamdulilah. Bazar ramadan beraneka jenis boleh rekomen kat kitorang yang mana satu paling bagus?

http://myrchoice.blogspot.com/

farhana berkata...

Helo MyChoice Editor!

Alhamdulillah, pejam celik dah masuk 5 Ramadhan. Bazar kat area Subang Jaya yang paling happening kat SS18 Subang Jaya. Lagi ada kat USJ 4, jugak. Cuba la :)

farhana berkata...

No 1 dan No 2 memang menjadi kesukaan ramai. No 5 mesti wajib. :)