26 Nov 2022

Malaysia Memilih

 Pasca Pilihan Raya Umum ke-15. Akhirnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10. Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim!

18 Nov 2022

Kembali Menerangi

 Assalamualaikum pembaca semua. Saya kembali lagi bersiaran setelah lama berada di menyepikan diri. Walaupun bertahun lama mendiamkan diri dari dunia blogging, tapi masih seperti dulu, kurang lebih sikit di sini sana. Cuma, kemahiran untuk menghasilkan karya secara random tu dah tumpul. Perlukan sedikit masa untuk menserasikan diri dengan penulisan blog semula.

Esok, 19 November 2022 hari Sabtu, adalah tarikh bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana tarikh tersebut adalah tarikh Pilihan Raya ke 15. Calon mana pun yang akan menang nanti, diharap supaya dapat mengubah keadaan semasa negara Malaysia ke arah yang lebih maju lagi. Hentikan lah pertelagahan sesama sendiri kerana itu memberi ruang anasir-anasir luar untuk masuk ke negara ini untuk meluaskan jajahan mereka secara berleluasa.

Akan kembali bersiaran semula selepas ini.

Dan kepada semua rakyat Malaysia, selamat mengundi!


5 Feb 2011

Handphone

Handphone.

Memang bukan sesuatu yang asing lagi sekarang ni. Budak sekolah rendah pun dah ada handphone, senang nak contact Mak dan Ayah katanya. Atau mungkin boleh SMS tanya apa homework harini sebab I tak datang lah, demam. Dan juga mungkin boleh digunakan untuk berkongsi maklumat tatkala peperiksaan? Ops haha. Yang pasti, handphone sekarang ni memang menjadi satu keperluan, bukan lagi kehendak.

Cakap pasal handphone ni, teringat zaman mula-mula pakai handphone. Masa tu tingkatan 5, beli pakai duit sendiri tuh, tak tau dari mana sumber duit tu, mungkin kumpul duit raya atau apa. RM500 tu dah kira banyak la kalau time sekolah, terpaksa minta Mak bayar RM30 extra sebab withdraw ngam-ngam RM500 sekali tengok harga dia RM530. Handphone apa korang tanya? Nak type pun malu, tengok la gambar bawah ni (gambar pertama). Masa tu, ni la handphone paling canggih. Boleh tukar casing (ke housing?) lepas tu boleh tukar led lampu dia dari warna typical kuning kepada putih (fuyohhhhh). Pakai handphone ni dari tahun 2002 sampai 2008. Banyak berjasa. Time lepak dengan kawan-kawan, silent kan sebab malu bunyi ringtone polyphonic? Time tu kawan-kawan dah pakai ringtone stok lagu-lagu mp3 tu.

Lepas dah beberapa bulan kerja, merasa la beli handphone baru. Sony Ericsson w580i (gambar kedua). Handphone ni harga RM1k, telan air liur je la bayar cash. Orang berpendapatan tak berapa nak banyak macam I ni kalau dah kata RM1k tu dah kira jumlah besar la tu. Memang body lawa Sony ni tapi slack dia punya keypads, dah crack. Adakah itu tandanya saya kena beli handphone baru? (lihat gambar ketiga)


29 Nov 2010

Terima Kasih

Traffic tetap ada walaupun telah lama tidak update blog ni. Terima kasih kepada semua. Silent readers, sudi-sudi lah kiranya meninggalkan komen untuk sama-sama berkongsi maklumat dan pendapat masing-masing. Nantikan post seterusnya tidak lama lagi. Banyak tajuk-tajuk yang ingin diutarakan cuma waktu tidak mengizinkan. Sedang mengejar masa. Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi kerana masih setia dengan Kasih Chempaka.

Catch up with you guys later.

10 Sep 2010

Aidilfitri 2010

Hai! Fuhh tak menang tangan I hari ni. Bangun seawal jam 7 pagi (ok, I tidur sekejap selepas sahur dan solat Subuh, ok, jangan ikut cara I, teehee) tolong Bonda kemas rumah. Sapu lantai, mop lantai, sidai kain baju, semua lah. Memang mencabar betul tapi puas sebab kita tengok hasil kita dan fikir "Perghhh kilat ah lantai! Perghh." Ok, exaggerate di situ. :p

Lepas mengemas, tertidur kepenatan. Konon nak rehatkan badan dan hilangkan peluh, sekali haa, terlelap. Nasib baik terlelap sebelum Zohor. Sebab orang kata kalau tertidur sebelum Zohor, awet muda. Hmm bagus jugak tu. Bangkit dari tidur terus tunaikan kewajipan kepada-Nya. Turun bawah dah ada bau yang harum. Bau apa? Rendang lah! Bonda I tengah masak. I pun prepare buat nasi impit. Lepas tu keluar dengan Ayahanda untuk beli juadah berbuka sebab...saje gatal nak makan KFC. Hahaha.

Op..op..op..motif utama I buat post ni bukan sebab nak cerita aktiviti 1 hari sebelum raya. Bukan. Bukan. I sebenarnya nak ucapkan :

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

untuk rakan-rakan di luar sana. Sambut raya tu berpada-pada lah ye. Jangan over mengalahkan kanak-kanak bawah umur. Main mercun ke bunga api ke, itu hak individu. Sendiri main, sendiri tanggung ok?

Jumpa di post yang akan datang! Jangan kacau anak dara orang tengah rebus ketupat tu!

20 Jun 2010

Maaf

Maaf. Berdiam diri tak semestinya melupakan kalian semua. Berdiam diri kerana komitmen yang menggunung jadi tidak berkesempatan untuk menulis di sini. Salah satu sebab juga adalah kerana hilang sumber insiprasi untuk menulis. Ke mana hilangnya? Entah lah. Tapi jangan la risau, I akan kembali semula apabila ada perkara-perkara menarik yang I rasa I mahu berkongsi dengan kalian semua. Maaf sekali lagi.

Jumpa di masa akan datang, jangan lupa basuh kaki sebelum tidur!

7 Apr 2010

Ke Angkasa



Sudah lama juga blog ini ditinggalkan diabaikan. Bukan kerana melupakan atau dilupakan tetapi masa yang tidak mengizinkan. Banyak perkara berlaku sepanjang peninggalan blog ini. Yang baru bertemu cinta, yang sudah disatukan di atas nama cinta, dan yang masih mencari-cari cinta sejati. Apa-apa pun, saya doakan agar kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Tidak banyak yang boleh dicoretkan, cuma bertanya khabar dan menghidupkan semula blog yang hampir nyawa-nyawa ikan ini. Lagipun sekarang sedang tunggu inspirasi sebab kekeringan idea lah buat masa ni. Minta maaf ye.

Okay jangan nakal-nakal sepeninggalan saya. Nanti saya tak mahu bagi gula-gula. Hehe.

28 Okt 2009

Masih di Sini


Ya, saya kini kembali! Oh tidak, bukan saya yang menaiki belon udara panas itu walaupun ada nawaitu untuk naik (tapi entah bila boleh dapat). Baiklah, apa khabar anda semua? Maaf blog ini tidak di update setelah sekian lama, hampir sebulan? Hmm saya tidak kemana-mana, masih berada di sini, masih berpijak di bumi yang nyata masih lagi dapat menghirup udara melihat sinar matahari di siang hari, Alhamdulillah di atas nikmat yang di berikan oleh-Nya. Masih di panjangkan usia untuk melihat dunia. Masih mampu tersenyum walaupun sedang dilanda masalah, sabar itu kan separuh dari iman? Jadi marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke atas-Nya kerana dipanjangkan umur dan diberikan kesabaran yang tinggi dalam menempuh liku-liku hidup.

Eh kenapa tiba-tiba entry ni jadi serious pulak? Mungkin kerana sedikit kekok sebab lama dah tak buat post. Maafkan saya ye. Jumpa di post yang akan datang, jangan nakal-nakal dengan anak makcik jiran sebelah rumah ok? :)

18 Sep 2009

2 Sep 2009

Kuda Ku Lari Gagah Berani

Ok tajuk takde kena-mengena tapi nak letak jugak sebab bunyi macam best. Harap maklum.
Harimau berkata : Oh aku terasa diri ini sangat kacak, hensem, lagi bergaya bila berposing macam ni. Ah bangganya aku.


Hai semua! Bertemu kembali. Bagaimana puasa anda semua setakat ini? Hmm mesti penuh ye puasa, supaya boleh raya! Oh saya teruja sedikit kerana Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi. Minggu kedua puasa harap semuanya ok, jangan jadikan alasan "oh I tengah puasa lah, penat nak buat itu dan ini...*sambil buat muka budget comel*" untuk tidak melakukan apa-apa. Tolong lah, masa puasa juga kita harus bertenaga dan melalui hari-hari kita seperti biasa. Hanya budak kecil 4 tahun saja yang akan berkata begitu, jadi kalau anda rasa tahap anda adalah tahap budak berusia 4 tahun, sila lah cakap dan act seperti itu. Hehe. (Alamak, apa yang saya merepek ni? Apa tajuk yang sepatutnya dibincangkan? Fikir...fikir...)

Ala lupa dah topik apa yang sepatutnya di bincangkan. Jadi?


Ke topik baru la kita ye? Hmm gambar harimau tu saya saja je uploadkan sebab harimau tu nampak kacak dan segak membuat gaya seperti itu. Kalau dapat peluk sure lagi best sebab badan dia yang besar dan bulu tebal, cukup membuat kita berasa comfort nak-nak lagi di kala waktu hujan lebat. Wah berangan nak hebat je padahal si penulis ni tak begitu "rapat" dengan haiwan pun. Haha habis rahsia bocor. Sebenarnya saya tak suka haiwan, kucing ke arnab ke semut merah ke, saya tak berapa gemar. Saya akan seboleh-boleh elak (dengan ayunya) kalau ada kucing yang parking baik punya kat kaki saya kalau pergi makan kat mapley-mapley. Saya geli. Geli bila dia gosok-gosok badan dia di kaki saya. Hehe. Sebab itu saya tak pernah pelihara haiwan, yang ada dulu pun ikan. Kenapa? sebab ikan dalam akuarium dan kita tak perlu pegang/belai dia, masukkan makanan, sudah. Senang bukan? HAHAHA.

Anda pula bagaimana? Apa haiwan peliharaan kegemaran anda? Kongsi lah dengan saya :D