28 Okt 2009

Masih di Sini


Ya, saya kini kembali! Oh tidak, bukan saya yang menaiki belon udara panas itu walaupun ada nawaitu untuk naik (tapi entah bila boleh dapat). Baiklah, apa khabar anda semua? Maaf blog ini tidak di update setelah sekian lama, hampir sebulan? Hmm saya tidak kemana-mana, masih berada di sini, masih berpijak di bumi yang nyata masih lagi dapat menghirup udara melihat sinar matahari di siang hari, Alhamdulillah di atas nikmat yang di berikan oleh-Nya. Masih di panjangkan usia untuk melihat dunia. Masih mampu tersenyum walaupun sedang dilanda masalah, sabar itu kan separuh dari iman? Jadi marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke atas-Nya kerana dipanjangkan umur dan diberikan kesabaran yang tinggi dalam menempuh liku-liku hidup.

Eh kenapa tiba-tiba entry ni jadi serious pulak? Mungkin kerana sedikit kekok sebab lama dah tak buat post. Maafkan saya ye. Jumpa di post yang akan datang, jangan nakal-nakal dengan anak makcik jiran sebelah rumah ok? :)

Tiada ulasan: