Lepas mengemas, tertidur kepenatan. Konon nak rehatkan badan dan hilangkan peluh, sekali haa, terlelap. Nasib baik terlelap sebelum Zohor. Sebab orang kata kalau tertidur sebelum Zohor, awet muda. Hmm bagus jugak tu. Bangkit dari tidur terus tunaikan kewajipan kepada-Nya. Turun bawah dah ada bau yang harum. Bau apa? Rendang lah! Bonda I tengah masak. I pun prepare buat nasi impit. Lepas tu keluar dengan Ayahanda untuk beli juadah berbuka sebab...saje gatal nak makan KFC. Hahaha.
Op..op..op..motif utama I buat post ni bukan sebab nak cerita aktiviti 1 hari sebelum raya. Bukan. Bukan. I sebenarnya nak ucapkan :
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
untuk rakan-rakan di luar sana. Sambut raya tu berpada-pada lah ye. Jangan over mengalahkan kanak-kanak bawah umur. Main mercun ke bunga api ke, itu hak individu. Sendiri main, sendiri tanggung ok?
Jumpa di post yang akan datang! Jangan kacau anak dara orang tengah rebus ketupat tu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan