5 Feb 2011

Handphone

Handphone.

Memang bukan sesuatu yang asing lagi sekarang ni. Budak sekolah rendah pun dah ada handphone, senang nak contact Mak dan Ayah katanya. Atau mungkin boleh SMS tanya apa homework harini sebab I tak datang lah, demam. Dan juga mungkin boleh digunakan untuk berkongsi maklumat tatkala peperiksaan? Ops haha. Yang pasti, handphone sekarang ni memang menjadi satu keperluan, bukan lagi kehendak.

Cakap pasal handphone ni, teringat zaman mula-mula pakai handphone. Masa tu tingkatan 5, beli pakai duit sendiri tuh, tak tau dari mana sumber duit tu, mungkin kumpul duit raya atau apa. RM500 tu dah kira banyak la kalau time sekolah, terpaksa minta Mak bayar RM30 extra sebab withdraw ngam-ngam RM500 sekali tengok harga dia RM530. Handphone apa korang tanya? Nak type pun malu, tengok la gambar bawah ni (gambar pertama). Masa tu, ni la handphone paling canggih. Boleh tukar casing (ke housing?) lepas tu boleh tukar led lampu dia dari warna typical kuning kepada putih (fuyohhhhh). Pakai handphone ni dari tahun 2002 sampai 2008. Banyak berjasa. Time lepak dengan kawan-kawan, silent kan sebab malu bunyi ringtone polyphonic? Time tu kawan-kawan dah pakai ringtone stok lagu-lagu mp3 tu.

Lepas dah beberapa bulan kerja, merasa la beli handphone baru. Sony Ericsson w580i (gambar kedua). Handphone ni harga RM1k, telan air liur je la bayar cash. Orang berpendapatan tak berapa nak banyak macam I ni kalau dah kata RM1k tu dah kira jumlah besar la tu. Memang body lawa Sony ni tapi slack dia punya keypads, dah crack. Adakah itu tandanya saya kena beli handphone baru? (lihat gambar ketiga)


Tiada ulasan: