2 Sep 2009

Kuda Ku Lari Gagah Berani

Ok tajuk takde kena-mengena tapi nak letak jugak sebab bunyi macam best. Harap maklum.
Harimau berkata : Oh aku terasa diri ini sangat kacak, hensem, lagi bergaya bila berposing macam ni. Ah bangganya aku.


Hai semua! Bertemu kembali. Bagaimana puasa anda semua setakat ini? Hmm mesti penuh ye puasa, supaya boleh raya! Oh saya teruja sedikit kerana Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi. Minggu kedua puasa harap semuanya ok, jangan jadikan alasan "oh I tengah puasa lah, penat nak buat itu dan ini...*sambil buat muka budget comel*" untuk tidak melakukan apa-apa. Tolong lah, masa puasa juga kita harus bertenaga dan melalui hari-hari kita seperti biasa. Hanya budak kecil 4 tahun saja yang akan berkata begitu, jadi kalau anda rasa tahap anda adalah tahap budak berusia 4 tahun, sila lah cakap dan act seperti itu. Hehe. (Alamak, apa yang saya merepek ni? Apa tajuk yang sepatutnya dibincangkan? Fikir...fikir...)

Ala lupa dah topik apa yang sepatutnya di bincangkan. Jadi?


Ke topik baru la kita ye? Hmm gambar harimau tu saya saja je uploadkan sebab harimau tu nampak kacak dan segak membuat gaya seperti itu. Kalau dapat peluk sure lagi best sebab badan dia yang besar dan bulu tebal, cukup membuat kita berasa comfort nak-nak lagi di kala waktu hujan lebat. Wah berangan nak hebat je padahal si penulis ni tak begitu "rapat" dengan haiwan pun. Haha habis rahsia bocor. Sebenarnya saya tak suka haiwan, kucing ke arnab ke semut merah ke, saya tak berapa gemar. Saya akan seboleh-boleh elak (dengan ayunya) kalau ada kucing yang parking baik punya kat kaki saya kalau pergi makan kat mapley-mapley. Saya geli. Geli bila dia gosok-gosok badan dia di kaki saya. Hehe. Sebab itu saya tak pernah pelihara haiwan, yang ada dulu pun ikan. Kenapa? sebab ikan dalam akuarium dan kita tak perlu pegang/belai dia, masukkan makanan, sudah. Senang bukan? HAHAHA.

Anda pula bagaimana? Apa haiwan peliharaan kegemaran anda? Kongsi lah dengan saya :D

2 ulasan:

Unknown berkata...

bg aku plak, bela ikan pon cam leceh. kene menten aquarium tu.. cuci la.. beli filter la.. tarok moto/waterpump la.. bla bla bla.. tp kalau ada org lain yg sanggup buatkan, terasa cam nak buat aquaria kat umah :) sejuk je mata memandang ikan berenang riang ria

farhana berkata...

Ikan setakat tolong tuangkan makanan boleh lah, kalau bab basuh-basuh, maintenance akuarium tu orang lain kena take over. Tak tahan bau dia busuk! Hehehe.